Entibe
home profile linkies twitter instagram

Jeng Jeng Jeng
Sunday, September 21, 2014 | 4:37 AM | 0comments
Petang yang panas. Matahari yang cerah. Walaupun matahari cerah tapi ada tanda-tanda nak hujan. Tapi tak hujan. Hahaha nampak sangat takde idea nak tulis apa kan. Bukannya senang nak keluarkan idea sebijik sebijik ye tak?

Ok hari ni kitorang nak cerita pasal semalam emalam malam alam lam am m. Ingatkan nak update blog semalam tapi masing masing dah penat ngantuk nak mandi nak gosok gigi nak "o ok" lagi kan haa so kitorang update lah hari ni. Semalam kitorang (wawa, atin, zai, qis, salfa plus kak farhana senior kitorang je ikut yang lain busy) pergi walk walk. Tu pun kitorang cadang last minute sebab kitorang memang suka plan last minute then pergi pun last minute and semuanya LAST MINUTEEEE. Dah boleh tukar nama group last minute dah rasanya  ceh takdelah. (yang lain jangan terasa aku gurau je hehe). Kitorang pergi shopping complex dekat dekat je sebab malas nak pergi jauh jauh. First kitorang lunch dekat Ampang point, alang alang dah dekat ampang point kitorang pun cadang nak main bowling. After lunch kitorang pon pergi tempat bowling. Sampai tempat bowling tempat tu penuh & ramai lagi orang tunggu dalam list menunggu. Kitorang pon macam "aaa malas lah nak main bowling" sebab kitorang bukannya jenis yang suka menunggu. Cakap pasal menunggu tetiba teringat lagu aishiteru pulak kan haa sudah. Ok lepastu kitorang pon jalan jalan lah dekat situ situ. Then kitorang pon cadang nak pergi tengok wayang.

Soooooooo kitorang pon pergi lah tengok wayang dekat tenononet. Haa tenononet tu bukan nama shopping complex tu tau. Kang tak pasal pasal korang pergi search dekat google tenononet tu dekat mana pulak. Lol

.
Fatin jadi model pemegang ticket wayang yeayy lol! Kitorang tengok movie cerita The Maze Runner. Best cerita tu rugi tak tengok! pss (newt a.k.a. thomas brodie sangster aku punya hokeii)

Lepas tengok wayang kitorang pergi---------
pergi tandas lah! Haha tempat pertama yang dituju selepas tengok wayang mestilah tandas kan. Yelah nak betulkan seluar nak betulkan tudung dah senget benget tadi. After that kitorang pun perggiiiiiiilaaaaahh karaoke! Lepas tengok wayang main test test suara sedap lagi ke tak sebab dah gelak gelak, menjerit dalam panggung tadi. Haha ada ada je. Dah puas karaoke apa semua kitorang pun baliklah rumah masing masing. Lagipun dah malam takkan nak jalan jalan lagi kan. So yeahhh dapat pun tulis blog kali ni. Sampai sini je lah cerita kitorang untuk kali ni. Bye, Assalamualaikum! :))) Sekian, terima kasih sayang. 


Hah ni lah manusia manusia yang pergi semalam.

NOTE; Nak dekat dah peperiksaan akhir tahun. Ni yang lemah semangat ni. Lel. Doakan NTB dapat keputusan yang elok elok belaka gitu tau tau tauuuuuuuuuuuu!

Older Post | Newer Post