Entibe
home profile linkies twitter instagram

ii. we,,
Friday, December 4, 2015 | 12:25 PM | 0comments

((kalau nak tau ni kali kedua aku tulis karangan yang aku nak bagi kat korang sebab semalam. Aku ada tulis tapi aku terdelete asdfghjkl ugh, so ni aku re-write apa yang aku tulis semalam sebab tu ada ii. kat tittle ))

Ha okay, blog ni pun dah terbengkalai macam ni cewah bm tak? hehe, so why not kalau aku update something kat blog ni en hehe ,,

-061215
-0345am

Ha aku bagitahu tau bila aku tulis ni supaya bila korang baca, korang terharu sebab aku nak tulis ni untuk korang pagi pagi buta ni

Ok lets start, hm ada banyak bende nak cakap sebenarnya. Yes aku rindu korang gila , i miss you guys alottt. Like a lottttttttttttttttttttt(rindu gila ah maknanya ni) Haha, aku rindu kita gelak macam dulu, lepak kat tangga sekolah , lepak bodo bodo macam dulu , tapi aku kat sini bukan nak throwback balik cerita sebab kita pun dah banyak kali throwback bende sama. Aku pun naik bosan bila cakap pasal ni, hehe

Semua pun ada hal masing masing, sekolah lain lain, nak keluar pun susah lah en since ada yang tak boleh keluar pesemua. In fact dalam dua tahun ni kita langsung tak pernah jumpa pun. Entah lah tapi aku nak sangat kita jumpa 9 orang, kat mana mana pun takpa, sekejap pun takpa, tapi aku pun takleh keluar so aku tak berharap sangat ah. Aku nak sangat kita jumpa 9 orang sebelum aku mati please( ceh saja nak kasi korang sedih time baca ) hahaha

Ha nampak tak aku buat perenggan tau, banyak idea aku. Asal lah aku tak macam ni time exam *sigh
Apa apa la, pastu aku nak cakap em aku rindu korang ha tu je , kita pun macam dah tak contact sangat, setengah je yang rapat sebab sekolah pun sama en. Takde ah kadang kadang aku rasa macam nak keluar je dari entibe, since bende ni dah tak berapa penting so why should we keep this? Yes friendship en, ala takda group still friendship gak takde hal la. Aku takkan lupa korang, you guys are my everything :') hmmmmmmmm HAHAHAHAHAHAHA rasa kelakar pulak tulis.

Kalau korang baca ni, kalau lah en. Korang pun mungkin takkan checkup dah blog ni so ya mungkin lama sikit or mungkin korang takkan baca langsung TAPI kalau dah baca tu diam eh, SIAPA BAHAN DIA MANUSIA PALING TERKUTUK DALAM DUNIA NI, AKU PENAT PENAT LUAHKAN PERASAN KAU BAHAN LAK ADO, TAU LAH TAKDA PERASAAN HUH.
Ha jangan bahan tau ayam.

Pastu em aku tak tau lah en kita ni sampai bila boleh tahan, semua pun macam tak layan, ada gak macam dah moveon dari group ni tanak layan dah apa semua :') its okay lah aku tak kisah, ala takde hal lah aku pun ada hidup aku sendiri, and obviously korang pun ada hidup sendiri ye ye ye ye

Em tak kira la macam mana pun kita jadi pasni , aku tetap sayang korang. Haih rasa fake pulak tulis camni :')
Haha takde lah aku tulis ni dengan sepenuh hati jiwa dan raga au ha, Macam serabut ciel aku tulis banyak banyak ni ado
Ha dah ah kira panjang ah ni aku takda idea lah semalam je idea aku banyak, sampai harini habis sebab aku frust terdelete bende yang aku tulis semalam.

-bye, muah ciked

Jeng Jeng Jeng
Sunday, September 21, 2014 | 4:37 AM | 0comments
Petang yang panas. Matahari yang cerah. Walaupun matahari cerah tapi ada tanda-tanda nak hujan. Tapi tak hujan. Hahaha nampak sangat takde idea nak tulis apa kan. Bukannya senang nak keluarkan idea sebijik sebijik ye tak?

Ok hari ni kitorang nak cerita pasal semalam emalam malam alam lam am m. Ingatkan nak update blog semalam tapi masing masing dah penat ngantuk nak mandi nak gosok gigi nak "o ok" lagi kan haa so kitorang update lah hari ni. Semalam kitorang (wawa, atin, zai, qis, salfa plus kak farhana senior kitorang je ikut yang lain busy) pergi walk walk. Tu pun kitorang cadang last minute sebab kitorang memang suka plan last minute then pergi pun last minute and semuanya LAST MINUTEEEE. Dah boleh tukar nama group last minute dah rasanya  ceh takdelah. (yang lain jangan terasa aku gurau je hehe). Kitorang pergi shopping complex dekat dekat je sebab malas nak pergi jauh jauh. First kitorang lunch dekat Ampang point, alang alang dah dekat ampang point kitorang pun cadang nak main bowling. After lunch kitorang pon pergi tempat bowling. Sampai tempat bowling tempat tu penuh & ramai lagi orang tunggu dalam list menunggu. Kitorang pon macam "aaa malas lah nak main bowling" sebab kitorang bukannya jenis yang suka menunggu. Cakap pasal menunggu tetiba teringat lagu aishiteru pulak kan haa sudah. Ok lepastu kitorang pon jalan jalan lah dekat situ situ. Then kitorang pon cadang nak pergi tengok wayang.

Soooooooo kitorang pon pergi lah tengok wayang dekat tenononet. Haa tenononet tu bukan nama shopping complex tu tau. Kang tak pasal pasal korang pergi search dekat google tenononet tu dekat mana pulak. Lol

.
Fatin jadi model pemegang ticket wayang yeayy lol! Kitorang tengok movie cerita The Maze Runner. Best cerita tu rugi tak tengok! pss (newt a.k.a. thomas brodie sangster aku punya hokeii)

Lepas tengok wayang kitorang pergi---------
pergi tandas lah! Haha tempat pertama yang dituju selepas tengok wayang mestilah tandas kan. Yelah nak betulkan seluar nak betulkan tudung dah senget benget tadi. After that kitorang pun perggiiiiiiilaaaaahh karaoke! Lepas tengok wayang main test test suara sedap lagi ke tak sebab dah gelak gelak, menjerit dalam panggung tadi. Haha ada ada je. Dah puas karaoke apa semua kitorang pun baliklah rumah masing masing. Lagipun dah malam takkan nak jalan jalan lagi kan. So yeahhh dapat pun tulis blog kali ni. Sampai sini je lah cerita kitorang untuk kali ni. Bye, Assalamualaikum! :))) Sekian, terima kasih sayang. 


Hah ni lah manusia manusia yang pergi semalam.

NOTE; Nak dekat dah peperiksaan akhir tahun. Ni yang lemah semangat ni. Lel. Doakan NTB dapat keputusan yang elok elok belaka gitu tau tau tauuuuuuuuuuuu!
Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa!
Saturday, July 5, 2014 | 3:11 AM | 0comments

Aku tersandar sendiri di katil. Angin yang meniup lembut membuatkanku rasa mengantuk. Perutku berkeroncong, memberi isyarat yang ia dalam proses penghadaman. Aku berasa sangat lapar&begitu dahaga. Sesekali mataku melirik ke arah jam di dinding bilikku. Oh cepatlah waktu berbukaaa!

Ceh gitu kemain lagi pendahuluan dia. Kelas kau jah. Maklumlah baru katam baca novel lima inci sampai terbawak bawak waktu nak menaip tadi. Haha pon boleh lah kan. Haa ya, Assalamualaikum. Korang macam mana? Sihat? Kalau sihat, alhamdulillah. Sekarang kan tengah bulan puasa, so macam mana puasa korang? Ke ade yang dah ponteng (puasa) ni? Hehehe.. manalah tau kan *angkat kening* Syukur Alhamdulillah kita dapat dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Bak kata UKE, "kalau dah jodoh tak ke mana" ewah ewah. Puasa bermaksud umat islam harus menahan diri dari makan(lapar)& minum(dahaga) serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Psst pergi amik notebook cepat, catat. Haha. Yang bestnya waktu bulan puasa yang takde dekat bulan lain-- terawih. lagi satu, dapat pergi bazaar ramadhan! Waktu tengah puasa macam ni memang semangat lah an nak pergi bazaar. Uih macam macam ada. Cuma tinggal cek poket seluar ade duit ke tak.
Time bulan puasa macam ni, kebanyakannya orang sibuk beli barang persiapan untuk raya. Ye dok? Sama lah macam kitorang. Sibuk shopping sana sini cari baju rayalah, kasut rayalah, inilah itulah. Hah! Baju raya korang tahun ni warna apa? Mesti korang punya baju blink blink meriah sakan kan. Apa geleng geleng? eleh taknak ngaku pulak, haha. Baju raya NTB tahun ni warna apa? Kau ghase? Haa pandai pandai lah korang fikir eh. misteri.~ jeng jeng jeng.
Orang kata--- terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa (ok aku rasa macam tak kene lah jugakkan peribahasa tu dengan apa yang aku nak cakap ni, tapi.. ah bantai je lah.) Jadi, sementara ada peluang ni NTB nak mintak maaf dekat sesiapa yang kitorang pernah buat salah. Kalau ada yang terguris hati dengan percakapan dan tingkah laku NTB, kitorang mintak maaf sangat sangat. Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati sesama sendiri. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu dari kami sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita pada tahun ini & menjadi lebih baik daripada tahun2 yang lalu. Amin, Ya Rabbal Alamiin.

NTB YAWW.
Thursday, March 27, 2014 | 11:13 AM | 0comments
Ssup guys? Talde angin takde ribut tiba tiba ssup haa ada jugak yang kena penampo kuasa lima satgi. Haha k. Dah lame kan NTB tak update blog? Berhabuk takde sape nak lap. Maklumlah semua busy katakan em em *kemam mulut*

Haaa! Disebabkan semalam NTB lepak sesame so ade lah bende nak update. Kalau tak memang tak terusik berhabuk krik krik tick tock tick tock je lah blog ni. Ceh gitu. Takdelah busy sangat sebenarnye. Dah lame tak keluar sama sama. Mulelah semua jadi minah minah kepochi banyak mulut nak bercerita. Rindu tau rase macam nak menangis je. Keluar pergi mane? Pergi padang je kak. tak pergi hang mana mana pun semua pokai *tunjuk poket kosong* sobsob. Memang seronok sangat waktu ni. Rase macam nak menangis je sebab dah lame tak jumpa NTB. Tak semualah yang ada. 6 orang je. NTB sebelum ni kalau keluar tak pernah cukup 9 orang. Even enam orang je pon dah kira bersyukur lah kan daripada tak dapat jumpa langsung. Tapi memang happening lah waktu ni. Sampai gelak tak cover. Kalau boleh nak bagi satu padang dengar, tak pun satu kawasan, kalau boleh sampai rumah rumah yang dekat dengan kawasan tu sekali. Haa haha sampai macam tu sekali kau. Banyak sesangat kiteorang selfie sampai tak tau nak post yang mane. Hamekaw waktu selfie segala muke tenuks keluar. Haha memang riuh kalau NTB lepak sama sama. Tonggang terbalik semua ada. alah, macam macam ada.

Antara banyak banyak gambar yang kitorang amik. gambar ni lah yang kitorang pilih. Dalam gambar semua nampak comel ayu je en tapi kalau gelak bukan setakat kucing lari, burung pun terbang. HAHAHAA

Kalau boleh banyak lagi nak cerita, tapi takde cerita. Ok lupekan. Jangan kerutkan dahi. Eip jangan. Bagus anda seorang yang hensem. Haha. Ok bye semua insha Allah lepas ni kite orang akan tulis blog lagi. Insha Allah kalau tak malas. Insha Allah kalau NTB keluar lagi. Hehe. See you soon, Assalamualaikum. Evelibadi, pish yow x.
KLCC yaw ~
Monday, December 23, 2013 | 3:09 AM | 0comments

Holla peeps x! Kali ni kitorang nak cerite yang sabtu minggu lepas kite orag hang same same dekat KLCC. Mak Aqilah yang bawakkan sebab mak die dapat free ticket cinema. Die ade 10 ticket. Lima untuk family die, jadi ade lima ticket lebih. So Aqilah ajaklah NTB pergi. Yang ikut mase tu wawa, hani, fatin, salfa' dengn fiqa. Ahli NTB enam org yang pegi termasuklah Aqilah. Zai tak dapat pergi sebab die tengah holiday dengan family die. Pika dengan qis pulak ade hal.
First mak Aqilah amik kitorang semua. Lepas semua dah naik kereta, mak Aqilah bawak pergi makan. Kite orang borak borak lah dulu waktu tu. Kemain lagi. Semue nak bercerita. Maklumlah lame tak jumpa. About 10 years lah tak silap ((jangan percaya dusta semata mata)) lol. Lepas breakfast NTB geraklah pergi KLCC. Sampai sampai, kite orang pon pergilah jalan jalan dulu sebab wayang start dalam pukul 10. And then bile nak dekat pukul 10 kiteorg pon pergi lah cinema. Semua berebut nak masuk. Lepas dah beratur beli makanan dll, kite org terus lari masuk panggung wayang. Excited katako. Haha. NTB tengok cerita walking with dinasours. Best lah jugak cerita tu, lawak pon ada. Lepas tengok wayang, kite orang pon pergi jalan jalan. Then NTB pergi candylicious. Habis semangat je beli chocolates. Haha. Waktu tengah syok jalan, boleh pulak salfa' dengan fiqa hilang. Die orang memang pantang jalan depan. Yang lain lain pulak tak perasan dieorang takde. Then aqilah call salfa'. Kiteorg pon cari lah dieorang, lepas tu jumpa balek. Haih legaaa. NTB merayau je waktu tu. Berjalan tak ingat dunia. Hari tu ade pameran comic tak silap. Ramai org yang kitorang jumpa pakai costume cartoons. Ade sesi photoshoot&macam macam lagi. Sesak KLCC waktu tu. Ramai sesangat orang. Tak lame lepas tu, masing masing dah lapar. So ape lagi NTB pergi makan dekat Pizza Hut mak aqilah belanje. Macam macam makanan yang mak aqilah order. Sampai tak larat nak makan. Haaa waktu tu sempat pulak NTB main masak masak dekat situ. Srsly macam budak budak weh! Bukan macam, tapi memang. bhahaha. Macam macam bende yang kiteorang letak dalam sup mushroom tu. Taktau lah ape rase die. Kalau makan, yakin confirm pasti sakit perut sebulan tak keluar rumah. Haa gitu haha.
Lepas habis makan, kite orang pergilah playground dekat KLCC. Amek gambar sama sama. Mane gambar? Ok nanti kiteorang upload masuk dalam blog. Mungkin lambat sikit kot. Macam budak budak main dekat situ. ((the true is kitorang memang budak budak pun)) Tapi bestlah. Lepas dah seronok ronok mcm orang gila dekat situ, kite orang pon balik.
Waktu dalam kereta, wawa dengn fatin amek purse aqilah senyap senyap. Kiteorang selongkar purse die lepastu amek duit. Tibe tibe Aqilah perasan. Kalau kau ade dekat tempat kiteorang waktu tu memang sakit jiwa kene belasah dengn Aqilah. Kak yong NTB katakan. Mak die pon tengok kite orang dah macam ape dah waktu tu. Kena cekik dengan qilah, haha serius takde belas kasihan waktu tu. Memang die roger kite orang habis habis waktu tu. Menjerit dalam kereta. Kena siku, tarik tudung lah. Fatin pulak kene lekat muke dekat cermin kereta. Hahaha srs lawak. bak kate double A. 'ko mampooo?!' haha hadoai. mak aqilah hantar wawa, fatin, salfa', fiqa dengan hani dekat padang MPAJ. Bile dah turun kereta baru kite orang bagi duit die balik. Waktu turun kereta, dah macam ape dah. Dengan pin tudung tercabut lah, scarf entah ke mana. Kalau kau kene barulah tahu cemane die buat weh. Macam org pelarian dah waktu tu. Menjerit, terpekik dalam kereta. Tak boleh lupa kenangan waktu tu. Lawak.
Harap harap tahun depan dapat keluar dengan NTB lagi. Okey the end for today. Baboi. Assalamualaikum. :)

HANG OUT. AGAIN.
Friday, November 29, 2013 | 8:32 AM | 0comments

Hi, Assalamualaikum. Sorry sebab blog NTB tergendala sekejap mase tu. Ade hal. Haha okey. Haaaa. Act hari tu kite orang hang out sesame. Dekat TS. NTB kadang kadang suke hang kat TS. Maklumlah kite orang dengan Times Square kan dah kautim. Cenggini haa (y) haha. Tapi takdelah semue ahli NTB yg pegi. Wawa, hani, fatin dengn zai je yg pergi hang mase tu. Yang laen malaslah, saudare datang lah, inilah, itulah. Hmm. Nak tau tk mane satu kite orang dalam tu? Start dari kiri zainatul, hani, wawa, fatin.
First kite orang kumpul dekat LRT. Wawa, hani dengn fatin sampai dulu. Adelah jugak beberape budak lelaki yg ikot sekali. Perghhh tunggu budak lelaki bersiap mengalahkn perempuan. Aku rase sempat tengok movie waktu tu. *ewah. Haha lame lame lame sangat. Lepas semue dh berkumpul, kite orang pon gerak naek LRT. Then naik monorail turun dekat TS. Sampai sampai semue kemain semangat lagi nak pergi Themes Park. Terus naik lif pergi sane. Bersungguh sungguh lagi. Dh sampai Themes Park. Tunggu budak lelaki pulak tk sampai sampai lagi. Mane taknye, die orang pergi jalan kaki waktu turun dr LRT. Tak lame lepas tu die orang pon sampai. Then kite orang terus masuk themes park. Masuk masuk dh tau dh nak maen ape dulu. Dah kautim katakan. Haha poyo melebih pulak. Macam macam yg kite orang maen dekat dlm Themes Park mase tu. Roller coaster ngn macam macam lagi. Memang lah nk sebut, tp masalahnye tk ingat pulak name permainan tu ape. Ngeh. Lepas main main main dekat situ. Masing masing dh lapar nk makan. Sebab semue tak sarapan pagi lagi. Yang fatin pulak tknak pergi makan. Nak maen roller coaster lah bagai. Kite orang pujuk die dah macam ape dah, susah gile nk pujuk. dah lame sikit, die pon setuju lh nak pergi makan. Kite orang beli makanan dekat Auntie Ann's dengn beli air dekat starsbuck. Tapi makan dekat foodcourt. Lol. Okey lepas makan, kite orang masoklah themes park balik. Terus semangat nk maen. Masing masing dah isi perut so takdelah lapar sangat.
Tengah syok syok maen dalam Themes Park tu. Tengok tengok dh pukul enam lebih. Kite orang sebenarnye cadang nk balek pukul lima setengah. Takut jalan jam, sebab kite orang pergi waktu hari orang kerja. Kite orang pon keluar dari TS nak balek. Kan dah kata. Sesak punye. Naek monorail pon dah macam org sesak nafas. Terhimpit himpit. Maen sumbat je masuk dalam tu. Nanti terlambat pulak nk balek. Keluar dr monorail terus rase freedoom macam waktu baru lepas UPSR. Haha *okey takde kene mengene. Btw rindu sangat waktu UPSR! Hayyo hmm. Okey sambong. Lepastu kite orang naek LRT turun dekat Pandan Indah. LRT takdelah penoh mane. Kite orang semue balek rumah fatin dulu. Lepas maghrib, kite orang pon pergi makan. Then balek rumah masing masing. Tapi hari tu wawa tidor rumah fatin. Yaaaaa tk sabar nk hang dengn NTB lagii. Insha Allah nanti.
And the end for today. Hiphip hoore! Lenguh jari yg menaip. Btw terime kasih sebab sudi bace blog NTB yg tak seberape ni. Bye! Jumpa lagi yawww.

Asal usul NTB.
Monday, November 25, 2013 | 6:28 AM | 0comments

Hai uolss! Makin rajinkan kite orang update blog sekarang ni? Maklumlah, baru download kat phone. Haha, okok. *syok sendiri!* Mesti ramai yang terfikir macam mane NTB boleh jadi? Haaa. Hari ni kite orang nak ceritalah macam mana jadi nya "Nine The Bass" atau singkatan NTB.
NTB di tubuhkan pada tahun 2012. Di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah. Haha macam dah bersejarah sangat pulak dah. Blog ni pulak kite orang buat waktu 22 March 2013. Okey. In 2012, Hani jadi bendahari kelas. Masa tu NTB semua satu kelas. So nak dekat hujung tahun, macam biasa lah kan. Tangkap gambar kelas. And cikgu arahkan hani jalankan tugas kutip duit untuk murid yang nak beli gambar kelas. Penolong ketua kelas kitorang, nama dia Shazleen. Hani kan bendahari, so kena la list kan nama budak yang bayar. Oh lupa, penolong bendahari kelas kite orang nama dia Marjan. Pastu satu hari tu, nama list budak yang bayar duit gambar kelas hilang. Memang gelabah time tu. Hani pun buat lah yang baru, mana yang ingat tu hani tulis je lah. Nama Shazleen tak sure ade ke idok.

Seminggu lepas tu, gambar dah dapat. Dalam kelas Cikgu mintak kat hani list nama, hani pun bagi, then lepas dah sebut nama nama murid, cikgu pun tanya "Sape belum dapat lagi?" Shazleen dengan bangganya angkat lah tangan. Semue orang pelik. Time tu jadi lah drama sinetron TV3. yang shazleen tak habes habes nak menang. Marah marah lah. Semua dah pening time tu, cikgu kelas kite orang pon keluar dari kelas. Serabut katako. Btw shazleen kalau kau usha blog ni. Kite orang minta maaf. Hehe. Time tu hani, fatin , wawa, aqilah, zainatul, qis, fiqa , salfa', pika marah lah jugak. Sebab die tuduh kite org curi duit. Waktu rehat, kite orang rehat same same. Lepas rehat, kite orang bersembilan pergilah duduk dekat belakang kelas. Gosip gosip bagai. Lepas tu, kite orang pon nyanyi ramai ramai. Sebab kerje kite orang tahun lepas asyik nak menyanyi je. Haaaa time tu la terjadi nya NTB. Yang letak nama Nine The Bass ialah wawa. Sebab waktu tu kite orang tengah nyanyi lagu rentak yang sederhana. Tibe tibe tercetuslah idea wawa nak letak name group jadi NINE THE BASS. Sejak tu lah, kite orang banyak buat benda same same. Kite orang putuskan NTB takde ketua. So takdelah kite orang berebut nak jadi permaisuri dalam group. Senang.

So.. disebabkan Shazleen lah kitorang jadi Nine The Bass. Thankyou very much Shazleen :pp I love u muah muah. Hahaha terover pulak. Sekian cerite asal usul NTB, assalammualaikum :)


Older Post